Sejak akhir2 ini perniagaan secara atas talian semakin subur seperti cendawan tumbuh ketika musim hujan. Ramai anak2 muda yang menjadi usahawan mengusahakan perniagaan melalui internet. Laman perniagaan yang paling popular mereka gunakan seperti di facebook, shopee, instagram, youtube, tiktok dll tidak terkira banyaknya...
Ada yang mempromosikan produk mereka membuat iklan menggunakan video dan ada juga yang terus membuat secara live. Sekiranya anda sentiasa membuat video atau live secara tetap sudah tentu akan ada pelanggan yang akan mengikutinya sebagai pengikut tegar atau dikenali dengan istilah follower. Semakin ramai follower semakin cepat lakulah produk atau barangan yang dipromosikan. Jika anda petah berkata2 merupakan satu bonus untuk mendapatkan lebih ramai follower. Bukan sahaja produk yang dijual tetapi ada juga yang menjual perkhidmatan seperti perkhidmatan perubatan, menyediakan kelas secara dalam talian untuk mengajar sesuatu bidang mengikut kepakaran masing2.
Selain daripada itu laman biz tersebut juga menyediakan peluang kepada sesiapa yang ingin berniaga tanpa mengeluakan sebarang modal dengan cara membuat video barangan dan mempromosikan barangan tersebut. Perkhidmatan ini dinamakan sebagai affiliatte.
Apa itu affiliate? Affiliate mempromosikan produk orang lain dengan menggunakan link yang dikhususkan dan anda akan dibayar komisen oleh penjual sekiranya ada pelanggan yang membeli produk tersebut melalui link anda.
Sebagai seorang suri rumah dan pesara kerajaan aku juga aktif dalam laman web sosial seperti facebook, tiktok dan juga sering membeli sesuatu barangan yang aku sukai melalui facebook, tik tok dan juga shopee atau lazada. Disamping tidak perlu keluar membeli aku dapat barangan tersebut lebih cepat. Dengan kaedah ini dapat menjimatkan kos minyak, masa dan tenaga.
Selain aku membeli barangan secara dalam talian, aku juga mencuba menjadi affiliate di tiktok. Pada mulanya ada juga hasil yang aky peroleh, tetapi langsung tidak menampakkan hasil sejak ramai tik toker yang membuat secara live.
Langsung sejak itu aku mencuba pula menjadi affiliate di shopee. Alhamdulillah setelah mencuba beberapa kali telah menampakkan hasilnya.